Site icon TechNave BM

FUJIFILM X-S20 dilancar di Malaysia: Kamera APSC “mirrorless” 26.1MP, boleh rekod video 6.2K/30p bermula RM6,888

FUJIFILM Malaysia telah melancarkan kameranya yang terbaru untuk segmen prosumer iaitu FUJIFILM X-S20. Kamera ini mempunyai mekanisme tanpa cermin (mirrorless) dengan sensor APSC 26.1MP X-Trans CMOS 4 dan enjin pemprosesan imej X-Processor 5.

Berbeza dengan generasi sebelumnya, X-S20 kini mempunyai mod khas Vlog pada roda kawalan mode dial bagi memudahkan vlogger untuk merakam diri mereka sendiri. Kamera ini boleh merakam video dalam resolusi 6.2K/30P 4:2:2 dengan kedalaman warna 10-bit.

Kamera ini mempunyai fungsi auto-fokus yang mengesan subjek (subject detection autofocus) yang boleh menjejak haiwan dan kenderaan dengan kukuh. Selain itu, ia juga mempunyai 19 mod Film Simulation untuk menghasilkan gambar yang mirip dengan efek filem lama, seperti efek Nostalgic Negative.

Untuk penstabilan, ia mempunyai penstabilan lima paksi dalaman (in-built stabilisation, IBIS) dengan 7.0 stop untuk video yang kurang getaran. Baterinya boleh bertahan untuk sekitar 800 gambar, lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya.

Ia juga mempunyai bicu audio 3.5mm untuk menghubungkan aksesori audio luaran seperti mikrofon atau fon telinga. Satu lagi port ialah port USB-C yang boleh dihubungkan kepada komputer agar kamera ini boleh digunakan sebagai webcam.

FUJIFILM X-S20 akan dijual di Malaysia pada harga:

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kamera ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version