Site icon TechNave BM

FUJIFILM X-T30III dilancar di Malaysia: Kamera APS-C CMOS 4 26.1MP bermula RM4,248

FUJIFILM Malaysia hari ini melancarkan kamera APS-C terbaru iaitu FUJIFILM X-T30III yang menampilkan prestasi fotografi gred profesional dalam reka bentuk yang kompak dan ringan.

Ia menampikan sensor X-Trans CMOS 4 26.1MP beriluminasi belakang dan pemproses X-Processor 5 berkelajuan tinggi yang menawarkan kelajuan pemprosesan lebih tinggi sebanyak dua kali ganda berbanding generasi sebelumnya.

Ia turut mempunyai fokus auto pengesanan subjek (subject detect autofocus) baharu yang dikuasakan oleh pembelajaran mendalam (deep learning) AI untuk penjejakan yang kukuh pada pelbagai jenis subjek seperti manusia, haiwan, kenderaan dan lain-lain.

Satu ciri baharu pada generasi ketiga ini adalah ia mempunyai roda Dail Simulasi Filem seperti kamera X-T50 dan X-M5. Ia memudahkan pengguna untuk bertukar rupa filem seperti REALA ACE dan NOSTALGIC Neg, dengan tiga kedudukan boleh suai (FS1-FS3) untuk menyimpan konfigurasi filem yang diperibadikan.

Ia juga mempunyai lampu denyar timbul keluar (pop-up flash) terbina dalam bagi menyediakan cahaya yang seimbang dalam cahaya malap.

Untuk video, ia menyokong rakaman pada resolusi 6.2K/30P, 4K/60P dan 1080/240P dengan output dalaman 10-bit 4:2:2. Ia turut mempunyai penstabilan imej digital supaya imej nampak stabil walaupun anda merakam sambil memegang kamera sahaja.

Di belakang, ia mempunyai monitor LCD 1.62-juta-titik yang boleh disengetkan untuk memudahkan anda susun komposisi gambar. Baterinya pula mampu bertahan untuk mengambil sehingga 425 gambar daripada pengecasan penuh.

Ia juga boleh dihubungkan kepada siri pencetak Link FUJIFILM untuk memudahkan anda mencetak terus gambar yang diambil.

FUJIFILM X-T30III akan dijual di Malaysia pada harga:

Ia akan dijual di semua peruncit sah dan kedai dalam talian rasmi bermula 24 November 2025. Pelanggan awal akan menerima hadiah istimewa bernilai RM1,354, termasuklah kad SD Lexar 64GB UHS-II (V60), bateri NP-W126S, baucar lensa RM500 dan Jaminan Lanjutan 1+1.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kamera ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version