Site icon TechNave BM

Fujifilm X-T4 bakal diumumkan pada 26 Februari – Dengan sokongan rakaman video 10-bit 6K

Terkini, Fujifilm dikatakan bakal mengumumkan siri X terbarunya, X-T4 pada 26 Februari. Apa yang menariknya, X-T4 dikatakan menyokong rakaman video 6K 10-bit pada kelajuan 60fps!

Siri X terdahulu, X-T3 hanya menyokong rakaman 4K/60P 10-bit. Pelopor seterusnya, X-T4 yang bakal hadir ini pula meningkatkan prestasi dengan sokongan penstabilan terbina dalam dan sokongan video 6K. Sumber juga melaporkan X-T4 bakal hadir dengan sensor Fuji X-Trans APS-C terbaru!

Apa pun, kami masih tiada maklumat rasmi tentang keberadaannya di Malaysia. Nantikan kemas kini berita ini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda seorang pengguna kamera Fujifilm? Beritahu kami di laman Facebook sekarang!

Sumber: Engadget

Exit mobile version