Site icon TechNave BM

Fungsi baru WhatsApp membolehkan anda menjual beli secara terus di dalam aplikasi

Dalam zaman teknologi ini, perkhidmatan jual beli secara atas talian semakin rancak dari masa ke semasa. Pembeli kini lebih selesa membeli barang atas talian terutamanya sewaktu dalam keadaan pandemik COVID-19 ini. Baru-baru ini, syarikat teknologi gergasi, Facebook menunjukkan ciri baru yang akan datang pada aplikasi WhatsApp yang membolehkan anda menjual beli barang secara terus.

Berdasarkan video promosi, anda boleh mesej penjual tersebut secara terus dan melihat katalog barang mereka di dalam aplikasi WhatsApp. Selain itu, anda juga boleh membuat belian dengan menambahkan barang di dalam troli.

Tambahan lagi, terdapat juga ciri baru di dalam aplikasi Facebook yang diberi nama Facebook Shops yang juga membolehkan penjual untuk membuat kalatog barang dan menjualnya di platform Facebook dan Instagram.

Adakah anda bakal menggunakan ciri ini jika ia memasuki pasaran Malaysia? Kongsikan komen anda di Facebook anda dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi utama.

Sumber : engadget

Exit mobile version