Site icon TechNave BM

Fungsi ‘Co-watching’ – Berkumpul secara ‘online’ melalui panggilan video di Instagram

Kami faham anda pasti kebosanan di rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan. Apabila terdapat masa lapang, pastinya anda terfikir, alangkah bagusnya jika boleh berkunjung ke rumah keluar atau rakan. Instagram kini membenarkan anda berkumpul secara maya melalui fungsi ‘Co-watching’.

Fungsi ini adalah seperti tontonan bersama. Anda bukan sahaja boleh berbual melalui video sambil melayari perkongsian di Instagram, tetapi anda juga boleh melihat cadangan perkongsian daripada rakan atau keluarga anda. Anda boleh berbual mengenai mana-mana perkongsian kerana kedua-dua pihak boleh melihatnya.

Anda cuma perlu ke ‘Instagram Direct’ atau lebih dikenali sebagai DM (fungsi mesej dengan ikon kapal jet kertas pada sebelah kanan aplikasi). Pilih mana-mana rakan anda dan pilih opsyen ikon ‘video call’ yang terpapar. Semasa panggilan video, anda boleh memilih mana-mana perkongsian gambar untuk dilihat bersama.

Bukan itu sahaja, Instagram turut mengetengahkan sumber maklumat rasmi COVID-19 untuk kekal membekalkan informasi terkini. Instagram turut akan mula menampilkan “Stay Home” pada perkongsian ‘Insta Stories’ sebagai sokongan kepada pengguna yang perlu kekal berada di rumah.

Fungsi yang dinyatakan bakal hadir dalam masa terdekat Beritahu kami di laman Facebook jika anda bakal mencubanya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Instagram melalui TechRadar

Exit mobile version