Site icon TechNave BM

Fungsi Gemini dalam Google Messages kini tersedia untuk pengguna di Malaysia

Google Gemini merupakan bot sembang AI oleh Google dengan model berbilang bahasa. Namun, untuk mengakses Gemini Ultra, anda perlu melanggan pelan Google One AI Premium. Baru-baru ini, Gemini telah dibawa ke Google Message. Sebelum ini, Gemini tiba di Google Message sebagai Gemini Nano. Anda boleh mengakses ciri ini melalui Balasan Pintar melalui Gboard.

Kini, chatbot Gemini itu sendiri membolehkan anda bersembang dengan Gemini untuk membantu membuat senarai, merancang perjalanan, mendapatkan fakta lain dengan mudah dan cepat. Ciri ini terhad kepada pengguna beta Google Messages sahaja buat masa ini.

Bukan itu sahaja, ciri ini hanya boleh digunakan pada peranti terpilih seperti Google Pixel 6, Pixel Fold, Samsung Galaxy S22, Samsung Galaxy Z Flip atau Z Fold. Ia juga boleh didapati di 165 negara termasuk Malaysia. Namun, belum ada sokongan terhadap bahasa Melayu. Ciri ini juga memerlukan anda untuk mengaktifkan RCS.

Selain itu, Gemini on Messages berfungsi sama seperti chatbot di tapak web Gemini. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh menghasilkan imej. Ciri ini berfungsi lebih seperti Chat Assist pada Galaxy AI. Jadi, ia boleh membantu merangka mesej dengan gaya bahasa yang unik atau meminta pendapat Gemini.

Setiap sembang akan disimpan selama 72 jam atau anda boleh memadamkannya sendiri. Jika anda ingin mencuba Gemini pada Google Messages, pastikan anda menggunakan peranti yang layak dan telah memasang versi beta aplikasi Google Messages. Anda boleh mendapatkannya dari Gedung Play atau memasangnya melalui sideload.

Komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version