Site icon TechNave BM

Fungsi panggilan audio dan video mungkin akan hadir ke WhatsApp Web dalam masa terdekat

WhatsApp Web adalah fungsi yang amat bernilai buat pengguna aplikasi WhatsApp, di mana pengguna boleh mengakses sembang WhatsApp mereka di dalam komputer. Walau bagaimanapun, WhatsApp Web setakat ini hanya boleh digunakan untuk sembang teks sahaja. Kini terdapat laporan baru yang mengatakan pengguna WhatsApp Web mungkin boleh membuat panggilan video dan audio pada masa hadapan.

Menurut WABetaInfo, mereka berkongsikan beberapa tangkapan skrin yang menunjukkaan fungsi panggilan untuk WhatsApp Web versi 2.2043.7, di mana penerima boleh menjawap atau menolak panggilan tersebut. Pemanggil pula boleh melihat status panggilan sementara menunggu ia untuk dijawap.

Selain itu, nampaknya fungsi ini turut boleh digunakan secara berkumpulan. Jika fungsi ini bakal diperkenalkan kelak, pengguna tidak perlu lagi bergantung kepada telefon pintar sahaja untuk penggunaan WhatsApp mereka. WhatsApp Web juga mampu menjadi alternatif yang baik kepada Skype dan Zoom untuk membuat panggilan video berkumpulan.

Sumber mengatakan fungsi ini akan diperkenalkan tidak lama lagi, namun WhatsApp masih belum memberi sebarang pengesahan tentang fungsi ini. Kongsi pendapat anda tentang fungsi ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WABetaInfo

Exit mobile version