Site icon TechNave BM

Fungsi ‘X-ray’ kamera OnePlus 8 Pro akan dibuang pada kemas kini berikutnya

Terkini, sumber melaporkan pihak OnePlus mengumumkan melalui Weibo bahawa mereka akan melumpuhkan ‘color filter’ pada kamera OnePlus 8 Pro buat sementara. Tular sebelum ini, fungsi ini dilaporkan mampu menembusi plastik atau baju hitam.

Menurut sumber, pihak OnePlus hanya akan melumpuhkan fungsi ini buat sementara untuk mengurangkan kebimbangan pengguna tentang kegunaannya. Kehilangan sementara fungsi ini akan berlaku melalui sebuah kemas kini pada minggu hadapan. Apa pun, syarikat tersebut mungkin merancang untuk menghidupkan fungsi ‘X-ray’ ini kembali bersama panduan atau perancangan yang lebih baik.

Sepintas lalu, filter kamera ‘color filter’ atau melalui Photochrom ini sebenarnya berfungsi berasaskan sensor inframerah pada peranti. Anda boleh menemui maklumat lanjut mengenai inframerah (jika anda rajin mencarinya di Google). Apa yang kami tahu, fungsi kamera ‘X-ray’ ini hanya menembusi lapisan yang nipis sahaja. Walau bagaimanapun, OnePlus mungkin khuatir dengan isu privasi memandangkan fungsi ini boleh menganggu privasi orang lain jika jatuh ke tangan pengguna yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: Unbox Therapy

Mungkin OnePlus akan hadir dengan kenyataan rasminya selepas ini. Apakah pandangan anda? Adakah fungsi ini perlu dilumpuhkan selama-lamanya atau anda bersetuju jika ianya kembali dengan terma penggunaan yang lebih baik? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Police

Exit mobile version