Site icon TechNave BM

G-DRAGON bawa aura ikonik ke PUBG MOBILE dengan “skin” dan senjata khas

Terbaharu, PUBG MOBILE mengumumkan kerjasama eksklusif bersama artis global terkenal, G-DRAGON. Bermula hari ini hingga 31 Oktober 2025, pemain PUBG MOBILE berpeluang mengumpul pelbagai item khas berinspirasikan gaya ikonik G-DRAGON. Antara tarikan utama termasuk dua set pakaian unik iaitu G-DRAGON PMO Outfit Set dan G-DRAGON Stage Outfit Set.

Pemain juga boleh melengkapkan diri dengan senjata eksklusif seperti Übermensch – M16A4 yang boleh dinaik taraf sehingga Tahap 5, Graffiti Reverie – M24 dengan rekaan tartan dan semburan cat serta tidak ketinggalan Pan ikonik G-DRAGON.

Selain itu, peminat boleh membuka kunci Avatar Kolaborasi G-DRAGON, Bingkai Avatar Kolaborasi dan tiga emote eksklusif yang diinspirasikan daripada lagu-lagu popular G-DRAGON seperti “HOME SWEET HOME”, “POWER” dan “TAKE ME” daripada album terbaharunya.

Bagi mendapatkan ganjaran tambahan, pemain juga boleh menyertai acara bertema khas yang akan berlangsung sepanjang tempoh kerjasama. Maklumat lanjut akan dikongsikan secara terus dalam permainan dan melalui saluran rasmi PUBG MOBILE. Kolaborasi PUBG MOBILE x G-DRAGON kini tersedia untuk semua pemain sehingga 31 Oktober 2025.

PUBG MOBILE boleh dimuat turun secara percuma menerusi App Store dan Google Play Store. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kolaborasi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version