Site icon TechNave BM

G-SHOCK umumkan jam tangan kacak versi One Piece bertema Luffy, berharga ~RM1,048

Terkini, G-SHOCK telah mengumumkan jam tangan keluaran terkininya dengan kolaborasi bersama siri anime kegemaran ramai, One Piece di pasaran Jepun.

Sebenarnya, G-SHOCK pernah mengumumkan kolaborasi sebegini sebelum ini. Malah, G-SHOCK versi One Piece yang lepas masih lagi hangat di pasaran. Model GA-110JOP-1A4JR merupakan model terbaru G-SHOCK dengan tema Monkey D. Luffy bersama kolaborasi warna hitam, merah dan putih. Ianya kelihatan sungguh mengancam!

Jika anda perhatikan, apabila jarum penunjuk jam berada pada pukul 2 dan 4, ia kelihatan seperti mempamerkan parut yang ada di dada Raja Lanun tersebut. Anda juga dapat lihat topi anyaman pada permukaan jam tangan.

Di pasaran Jepun, ia dijual dengan harga 26,400 Yen (~RM1048) pada bulan Julai ini. Apa pun, kami masih ketiadaan maklumat berkenaan keberadaan jam tangan G-SHOCK One Piece terbaru ini di pasaran Malaysia.

Adakah anda salah seorang peminat One Piece, terutamanya Monkey D. Luffy? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk beirta teknologi terkini.

Sumber: G-SHOCK

Exit mobile version