Site icon TechNave BM

Galaxy A42 mungkin bakal menjadi telefon 5G Samsung termurah

Sejak memperkenalkan telefon 5G melalui Samsung Galaxy S10 5G, Samsung telah menawarkan lebih banyak telefon yang menyokong rangkaian tersebut dalam jurang harga yang semakin luas. Pada waktu ini, telefon pertengahan Galaxy A51 dan A71 mempunyai kebolehan 5G walaupun itu bukanlah telefon flagship. Dan kini, media melaporkan bahawa sebuah telefon Samsung yang akan dilancarkan pada tahun depan mungkin akan menjadi telefon 5G termurah.

Menurut Sammobile, Samsung sudah memulakan pembangunan untuk siri Galaxy A untuk tahun 2021. Salah satu telefon tersebut mempunyai nombor model SM-A426B yang mungkin adalah kod untuk Galaxy A42 5G berdasarkan skema penamaan produk Samsung. Ini juga mungkin bermakna Samsung akan membina lebih banyak peranti kelas pertengahan yang menyokong 5G pada tahun depan.

Adakah anda merasakan semua produk Galaxy A pada tahun hadapan bakal menyokong 5G? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Sammobile

Exit mobile version