Site icon TechNave BM

Galaxy A72 bakal jadi peranti pertama Samsung dengan 5 kamera pada bahagian belakang

Beberapa tahun lalu, Samsung telah memperkenalkan telefon pertama di dunia dengan 4 kamera pada bahagian belakang iaitu Galaxy A9(2018). Kini, sumber terbaru menyatakan bahawa Samsung bakal menghasilkan telefon baru mereka yang hadir dengan 5 kamera pada bahagian belakang pula.

Sumber juga memberitahu bahawa reka bentuk baru ini akan digunakan pada peranti kelas pertengahan Samsung iaitu Samsung Galaxy A72. Peranti ini akan hadir dengan kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 12MP, kamera telefoto 8MP, kamera makro 5MP serta sensor kedalaman 5MP.

Galaxy A72 ni juga dikhabarkan akan menjadi peranti siri A yang pertama yang hadir dengan penstabilan imej optikal (OIS). Untuk kamera swafoto pula, ia dikatakan akan menggunakan kamera 32MP.

Peranti ini dijangka akan memasuki pasaran pada suku tahun pertama 2021.

Adakah anda meminati reka bentuk baru Samsung ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version