Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy F62 akan dilancar di India 15 Februari ini, cipset Exynos 9825, mungkin berharga ~RM1399

Semalam, kami telah melaporkan mengenai acahan telefon Samsung Galaxy F62 di laman web e-dagang Flipcart India. Terkini, mereka telah kemas kini halaman tersebut dengan tarikh pelancaran dan gambar rasmi telefon ini.

Melihat kepada halaman web tersebut, Samsung Galaxy F62 akan dilancarkan 15 Februari ini pada 12 pm di India. Berdasarkan poster yang dimuat naik, Galaxy F62 hadir dengan skrin punch hole, sensor cap jari sisi dan kamera kuad berbentuk petak di belakangnya. Ini juga dilengkapi dengan cipset kelas andalan Exynos 9825 7nm.

Prestasi Exynos 9825 7nm

Untuk spesifikasi yang lain, Galaxy F62 mungkin akan dilengkapi skrin AMOLED 6.7 inci, bateri 7,000mAh, kamera utama 64MP dan kamera swafoto 32MP. Tambahan lagi, ia juga dijangka akan hadir dengan RAM 8GB, storan 128GB dan antara muka One UI 3.1 atas Android 11.

Untuk harga pula, ia dijangka akan dijual pada tanda harga sekitar Rs 25,000 (~RM1399). Buat masa ini, ia hanya memasuki pasaran India sahaja.

Adakah anda berminat dengan Galaxy F62 ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1|2

Exit mobile version