Site icon TechNave BM

Galaxy Note20 FE mungkin Galaxy Note terakhir, Samsung beri komen tentang ini

Sebenarnya, ura-ura mengenai siri Galaxy Note yang bakal ditamatkan sudah muncul sejak tahun lalu, seiring dengan kemunculan berita mengenai sokongan S Pen pada Samsung Galaxy S21 Ultra. Berita mengenai hal ini tular kembali sejak beberapa hari yang lalu.

Menurut dua pendedah maklumat yang terkenal, siri Galaxy Note bakal ditamatkan dan Galaxy Note20 FE bakal hadir sebagai Galaxy Note terakhir yang menandai penamatan siri ini.

Berikutan ura-ura ini, Samsung telah memberi maklum balas melalui Phone Arena. Menurut Samsung, mereka komited dalam menginovasikan pengalaman mudah alih baru dan akan terus memudahkan kehidupan pengguna. Samsung telah membuat keputusan besar untuk meluaskan pengalaman S Pen sebagai pilihan kepada Galaxy S21 Ultra. Pengguna boleh menikmati pengalaman S Pen di Galaxy S21 Ultra. Galaxy S21 Ultra bertujuan membekalkan pengalaman telefon pintar premium di mana pengguna boleh menikmati salah satu ciri popular dalam segmen Note.

Ini tidak bermakna Samsung tidak komited lagi dengan siri Note, tetapi hanya meluaskan ciri Note kepada kategori telefon pintar yang lain. Untuk memberi pengalaman mudah alih terbaik, Samsung akan terus mendengar maklum balas dari pengguna dan membaik pulih dalam inovasi produk seterusnya.

Maklum balas Samsung melalui Phone Arena

Samsung dilihat tidak menyatakan bahawa ia akan menghentikan Samsung Galaxy Note. Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version