Site icon TechNave BM

Galaxy Ring 2 mungkin dilancarkan bersama siri Samsung Galaxy S25

Samsung bakal memperkenalkan peranti boleh pakai pintar baharu, Galaxy Ring 2 dalam masa terdekat. Model ini dikesan melalui laman sokongan rasmi Samsung di beberapa negara termasuk UK, Switzerland, UAE, Kanada, Australia, Perancis dan Ireland.

Galaxy Ring 2 akan hadir dalam dua saiz iaitu saiz 14 dan saiz 15 seperti yang disenaraikan dengan nombor model SM-Q514 dan SM-Q515. Pelancaran Galaxy Ring 2 ini hadir hanya beberapa bulan selepas Galaxy Ring pertama dilancarkan di pasaran global.

Galaxy Ring 2 mungkin diperkenalkan lebih awal daripada jangkaan dan berkemungkinan dilancarkan bersama siri telefon pintar Galaxy S25. Walaupun butiran penuh mengenai spesifikasi masih dirahsiakan, khabar angin menyebut reka bentuk lebih nipis dan hayat bateri yang ditambah baik akan menjadi antara ciri utama Galaxy Ring 2.

Samsung juga dijangka memperluaskan penjualan produk ini ke lebih banyak pasaran di seluruh dunia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy Ring 2 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MySmartPrice

Exit mobile version