Site icon TechNave BM

“Galaxy S11” Atau “Galaxy S20”?

Setakat ini Samsung menamakan versi telefon pintar flagship mereka, Galaxy S, dengan format nama yang mudah, iaitu menggunakan nombor. Ia dimulakan dengan Galaxy S pada tahun 2010, kemudian S2 pada tahun berikutnya. Diikuti dengan S3, S4, S5 dan selanjutnya hinggalah S10 yang dilancarkan pada awal tahun ini.

Namun Galaxy S yang seterusnya mungkin tidak akan menggunakan nama ‘S11’, sebaliknya ‘S20’ akan digunakan. Berdasarkan satu tweet daripada pengasas sebuah syarikat aksesori telefon Schnail, beliau menerima berita bahawa nama S11 akan ditukar kepada S20.

Walaupun berita ini bukanlah sesuatu yang rasmi daripada Samsung, perlu diingat bahawa syarikat aksesori memang akan menerima berita awal daripada pihak pengeluar telefon. Tambahan pula, memandangkan kita akan melangkah ke tahun 2020, tidak mustahil untuk kita fikirkan bahawa Samsung akan memulakan keluaran tahun depan dengan nama ‘S20’ agar keluaran tahun-tahun berikutnya akan menggunakan ‘S21’, ‘S22’ dan selanjutnya.

Apakah pendapat anda tentang khabar angin Samsung ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar dan teknologi terkini.

Sumber: SAMMobile

Exit mobile version