Site icon TechNave BM

Galaxy S20 mungkin berada di pasaran pada 6 Mac 2020

Jika anda tertanya-tanya tentang tarikh siri Samsung Galaxy S20 mula dijual, berita ini mungkin menamatkan tanda tanya anda. Sepintas lalu, Samsung bakal mengumumkan keluarga Galaxy S20 bersama Galaxy Z Flip di acara Galaxy Unpacked 2020 pada Februari ini.

Terkini, sumber melaporkan bahawa laman web rasmi Samsung menyatakan ‘Delivery by March 6 while supplies last’. Hal ini memberi bayangan bahawa tarikh rasmi peranti berada di pasaran mungkin pada tarikh tersebut atau bulan Mac 2020. Namun, kami masih tiada maklumat rasmi mengenai tarikh pra-tempahannya.

Apa pun, jangan lupa untuk mendaftar bagi mendapatkan maklumat segera mengenai pelancaran peranti Samsung Galaxy S20, Galaxy Z Flip dan beberapa peranti lain. Harus diingatkan bahawa pendaftaran ini bukan bermakna anda telah membuat pra-tempahan. Ini sekadar usaha untuk memastikan anda mendapat maklumat terkini mengenai acara Galaxy Unpacked 2020.

Adakah anda sudah mendaftar? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan berita pelancaran terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: GSMarena

Exit mobile version