Site icon TechNave BM

Galaxy S21 mungkin hadir dengan 2 lensa telefoto, lebih kuasa zum

Mungkin berita ini ialah salah satu dari ura-ura awal untuk siri Samsung Galaxy S21. Menurut sumber, Samsung Galaxy S21 mungkin hadir dengan keupayaan zum yang lebih baik oleh kerana kelengkapan lensa yang dinaik taraf; dua lensa telefoto.

Berdasarkan sumber, sensor telefoto tambahan mungkin menggantikan sensor ToF (Time of Flight) 3D, sensor keempat dalam tetapan kamera quad di peranti tersebut. Hal ini menjumlah dua lensa telefoto yang akan hadir pada tetapan kamera Galaxy S21.

Lebih menarik, salah satu lensa telefoto tersebut adalah seperti tetapan periskop. Sementara lensa telefoto biasa hanya mampu zum optikal 3x, lensa telefoto istimewa ini boleh zum optikal sehingga lebih 5x. Lensa periskop sebegini boleh dilihat pada HUAWEI P40 Pro Plus.

Tambah sumber, kamera swafoto untuk Galaxy S21 mungkin mencecah sehingga 40MP, manakala kamera utamanya adalah sensor lebar 108MP.

Dari kanan: Galaxy S20, S20+ dan S20 Ultra

Berita ini sepertinya mengiyakan berita lepas yang menyatakan bahawa Galaxy S21 tidak akan mempunyai sensor kedalaman lagi. Anda boleh membaca berita lepas lain mengenai Galaxy S21 di pautan ini.

Apakah pendapat anda mengenai ura-ura ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version