Site icon TechNave BM

Galaxy Z Flip3 mungkin hadir dengan skrin utama 6.9 inci 120Hz, bateri 3,900mAh

Pada awal tahun ini, Samsung telah melancarkan telefon Galaxy Z Flip dan Z Flip 5G sebagai telefon lipat menegak mereka. Kini, terdapat ura-ura yang menyatakan bahawa Samsung akan melancarkan generasi baru buat peranti lipat ini yang diberi nama Galaxy Z Flip3.

Peranti ini bakal hadir dengan nama Z Flip3 bukannya Z Flip2 adalah kerana ingin mengikut penamaan Galaxy Z Fold generasi baru yang bakal dilancarkan sebagai Galaxy Z Fold3. Terbaru, terdapat sumber dalam talian yang menunjukkan spesifikasi peranti Galaxy Z Flip3 ini.

Sumber memberitahu bahawa Galaxy Z Flip3 bakal hadir dengan skrin 6.9 inci bersama bezel yang lebih nipis dan lubang punch hole yang lebih kecil. Skrin Galaxy Z Flip3 ini juga dikhabarkan akan hadir dengan kadar segar semula 120Hz berbeza dengan Galaxy Z Flip yang gunakan skrin 60Hz sahaja.

Selain itu, generasi baru Z Flip ini juga dikatakan akan menggunakan bahan kaca yang sama pada Z Fold2 iaitu ultra-thin glass (UTG) yang mempunyai ketahanan yang lebih kukuh. Tambahan lagi, bateri peranti ini mungkin akan meningkat dari 3300mAh ke 3900mAh.

Sumber tidak menyatakan cipset yang bakal digunakan oleh Galaxy Z Flip3 tetapi orang ramai menjangkakan peranti ini mungkin akan hadir dengan cipset Snapdragon 875 ataupun Exynos 2100.

Peranti ini mungkin akan memasuki pasaran pada musim panas tahun hadapan.

Adakah anda menantikan peranti ini? Komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version