Site icon TechNave BM

Gambar awal Google Pixel 5a tertiris, papar spesifikasi asas

Telefon pintar Google Pixel 5 telah pun dilancar pada bulan Oktober 2020 dan kini Google mungkin sedang bersedia untuk melancarkan telefon seterusnya iaitu Pixel 5a. Kini beberapa gambar yang mungkin menunjukkan rupa telefon tersebut telah muncul dalam internet.

Daripada gambar tersebut, ia menunjukkan pengimbas cap jari yang berada di dalam skrin. Untuk memori pula ia terdiri daripada RAM 6GB dan 128GB, manakala untuk kamera pula ia mungkin serupa dengan Pixel 5 dan Pixel 4a 5G iaitu kamera utama 12.2MP dan kamera ultra-lebar 16MP serta dilengkapi teknologi penstabilan imej.

Tidak banyak yang boleh dihuraikan berdasarkan gambar-gambar awal ini, malah bentuk kamera swafoto juga sukar dilihat kerana skrinnya yang hanya berwarna hitam. Telefon ini dijangka akan dilancarkan pada Mei 2021.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version