Site icon TechNave BM

Gambar awal Samsung Galaxy A11 muncul dalam internet

Samsung sekarang dalam proses untuk mengeluarkan sekuel kepada telefon pintar kelas permulaan Galaxy A10, iaitu Galaxy A11. Kini, sebuah imej janaan komputer peranti itu sudah pun muncul di internet, ehsan daripada Android Headlines.

Walaupun ia adalah telefon terbawah dalam siri Galaxy A, tidak bermakna spesifikasinya tidak bagus. Ia dilengkapi tiga kamera di bahagian belakang dan skrinnya pula menggunakan paparan Infinity-O HD+ berukuran 6.2 inci. Telefon tersebut juga akan dikuasai oleh pemproses Exynos 7 dengan RAM 3GB.

Zaman sekarang ini, telefon kelas permulaan pun mempunyai lebih daripada dua kamera. Kamera Galaxy A11 terdiri daripada sensor utama 13MP, 5MP dan sensor kedalaman 2MP. Kamera hadapan pula adalah 8MP yang berada di bahagian atas kiri skrin.

Akan tetapi, tarikan utama telefon ini bukanlah pada kameranya tetapi baterinya yang besar iaitu 5,000mAh. Berdasarkan spesifikasi lain telefon ini yang tidak terlalu membebankan bateri, pengguna boleh jangkakan baterinya untuk bertahan sehingga dua hari.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Galaxy A10 sekarang, anda boleh layari TechNave untuk mendapatkan maklumat kedai dan harga. Atau adakah anda lebih berminat untuk memiliki Galaxy A11 pada tahun ini nanti? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version