Site icon TechNave BM

Gambar awal Samsung Galaxy Tab S7 didedahkan

Samsung akan melancarkan tablet Galaxy Tab S7 tidak lama lagi, namun kini sebuah gambar rasmi untuk tablet tersebut telah pun dimuat naik ke dalam internet. Evan Blass, seorang pemberi maklumat yang terkenal dengan maklumat awal untuk peranti elektronik, telah pun memuat naik gambar peranti tersebut.

Dalam gambar tersebut, kita boleh andaikan bahawa Galaxy Tab S7 akan disertakan bersama sebatang S Pen seperti dalam Tab S6. Rupanya tidak banyak beza dengan S Pen dalam Tab S6, selain daripada mata pen yang berlainan sedikit.

Walaupun gambar tersebut menunjukkan Galaxy Tab S7 bersama sebuah dock papan kekunci, aksesori tersebut mungkin akan dijual secara berasingan seperti untuk Tab S6.

Tablet ini mungkin akan dilancarkan pada 5 Ogos ini di samping Galaxy Note20. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version