Site icon TechNave BM

Gambar baru OPPO Reno4 paparkan dwi-kamera selfie dan warna baru

Selepas berita tentang spesifikasi OPPO Reno4 dilaporkan beberapa hari lalu, kini berita terbaru tentang telefon pintar tersebut mengetengahkan warna-warna yang ditawarkan serta susunan dwi-kamera di bahagian hadapan.

Jika sebelum ini pengguna dimaklumkan bahawa Reno4 terdapat dalam warna merah dan biru, kini gambar baru yang dimuat naik ke Weibo menunjukkan telefon tersebut dalam warna hitam dan putih.

Selain itu, terdapat juga gambar skrin telefon Reno4 yang menunjukkan dwi-kamera selfie di bahagian atas kiri skrin, terdiri daripada kamera 32MP dan kamera 2MP. Walau bagaimanapun, Reno4 Pro hanya mempunyai satu kamera selfie 32MP sahaja.

Siri Reno4 akan dilancarkan pada 5 Jun. Adakah anda berminat dengan OPPO Reno4? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena (1), (2)

Exit mobile version