Site icon TechNave BM

Gambar bayangan dan mungkin harga rasmi terkini untuk siri Samsung Galaxy S20

Terdahulu, kami telah menjangkakan harga untuk siri Samsung Galaxy S20 dan spesifikasi penuh siri Samsung Galaxy S20. Terkini, sumber melaporkan penularan gambar siri Samsung Galaxy S20. Gambar tersebut bukan sahaja memaparkan reka bentuk peranti, tetapi bersama dengan harga.

Ishan Agarwal melalui 91mobiles telah menularkan gambar siri Samsung Galaxy S20 ini. Gambar tersebut memaparkan reka bentuk kaca 2.5D di panel hadapan dengan lengkungan pada sisi dan tetapan kamera quad di belakang peranti. Jom baca maklumat bocor mengenai siri Samsung Galaxy S20 di bawah.

Galaxy S20 Ultra (Cosmic Grey / Cosmic Black):

Galaxy S20 Plus (Cosmic Black / Cosmic Grey / Cloud Blue):

Galaxy S20 (Cosmic Grey / Cloud Blue / Cloud Pink):

Apa pun, tunggu liputan kami untuk pelancaran telefon pintar ini pada acara Samsung Unpacked 2020 pada Februari i2020 untuk harga dan spesifikasi rasmi. Adakah anda akan menyambar peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan liputan rasmi terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: 91mobiles

Exit mobile version