Site icon TechNave BM

Gambar bayangan dan spesifikasi Samsung Galaxy Z Flip terkini viral di internet

Terdahulu, penularan tentang beberapa spesifikasi dan ciri teknologi Samsung Galaxy Z Flip telah dilaporkan. Walaupun tarikh pelancarannya dikatakan semakin hampir, penggiat teknologi masih lagi membocorkan maklumat khabar angin untuk disajikan kepada orang ramai.

Terkini, WinFuture melalui GSMarena telah membocorkan gambar bayangan peranti pintar clamshell yang diberi nama Samsung Galaxy Z Flip ini. Menurut sumber, kemungkinan bezel pada paparan peranti boleh lipat berukuran 6.7 inci ini adalah plastik.

Pandangan hadapan Galaxy Z Flip berwarna ungu
Pandangan hadapan Galaxy Z Flip berwarna hitam

Bukan itu sahaja, anda juga boleh cuba membayangkan peranti ini berdasarkan laporan sumber yang menyatakan panel belakangnya terhasil dari Gorilla Glass 6 bersama sisi tirus untuk keselesaan semasa memegangnya.

Melalui gambar di bawah, anda juga boleh melihat paparan luar yang kemungkinan berciri Super AMOLED 1.06″ (300 x 116 piksel) bersebelahan dengan dwi-kamera.

Pandangan belakang Samsung Galaxy Z Flip berwarna ungu
Pandangan belakang Samsung Galaxy Z Flip berwarna hitam

Sepintas lalu, Samsung Galaxy Z Flip dikatakan bakal hadir dengan RAM 8GB bersama storan 256GB UFS 3.0. Peranti ini juga dilaporkan dikuasai oleh cipset Snapdragon 855+ dengan bateri berkapasiti 3300 mAh dan pengecas pantas 15W. Dengan kamera utama dwi-piksel 12MP, anda juga mungkin boleh menjangkakan kamera selfie Infinity-O dwi-piksel 10MP. Anda boleh melihat khabar angin senarai spesifikasi di sini.

Adakah anda berminat dengan Samsung Galaxy Z Flip? Lontarkan komen anda di laman Facebook kami dan nantikan tarikh pelancaran dan liputan berita mengenai peranti Samsung melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: GSMarena

Exit mobile version