Site icon TechNave BM

Gambar bayangan Galaxy Note 20 muncul, akan dilancarkan pada Ogos ini secara dalam talian

Merujuk kepada gambar bayangan, kita perlu menjangkakan bahawa sumber ini adalah bukan reka bentuk peranti yang rasmi. Ia cuma direka berdasarkan khabar angin reka bentuk dan spesifikasi yang tular. Berbeza pada kali ini, gambar bayangan Samsung Galaxy Note 20 direka berdasarkan pendedahan lukisan CAD sebelumnya.

Paling menarik dalam gambar rekaan ini, Galaxy Note 20 kelihatan seperti reka bentuk Galaxy S20 tapi dengan ciri asal ‘Note’. Ciri asal varian Note semestinya dengan skrin yang lebih besar. Panel hadapan Galaxy Note 20 dilaporkan hadir dengan skrin 6.7-inci dengan kamera skrin berlubang. Sisi penjuru juga kelihatan lebih bulat lengkungannya.

Reka bentuk belakang merupakan elemen yang membuatkannya kelihatan seperti Galaxy S20. Ini berpunca daripada susunan kamera yang sama. Namun, masih tiada khabar berita jelas mengenai spesifikasi kamera Galaxy Note 20 selain daripada empat kamera termasuk kamera periskop.

Sumber: pigtou

Terdapat sumber yang melaporkan bahawa Galaxy Note 20 tetap akan dilancarkan pada Ogos ini, tetapi secara dalam talian. Melalui pelancaran siri Galaxy Note 20 ini, Galaxy Fold 2 juga dilaporkan bakal dilancarkan bersama. Apa pun, kesemua khabar ini adalah khabar tidak rasmi.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version