Site icon TechNave BM

Gambar bayangan Samsung Galaxy S20+ Edisi Khas BTS untuk dibayangkan oleh BTS ARMY

Berita baik untuk peminat aliran KPOP kumpulan BTS! Sebenarnya, berita mengenai Samsung Galaxy S20+ Edisi Khas BTS telah lama tular di internet bersama Galaxy Buds+ Edisi Khas BTS. Namun, gambar bayangan terkini daripada seorang penggiat teknologi menyemarakkan lagi penantian peminat terhadap varian Samsung Galaxy S20+ baru ini.

Samsung Galaxy S20+ Edisi Khas BTS dijadualkan hadir di pasaran teknologi pada 9 Julai ini. Terdahulu, gambar Samsung Galaxy Buds+ Edisi Khas BTS turut dikongsikan oleh penggiat teknologi yang sama. Kedua-dua peranti edisi khas ini bakal dilitupi warna ungu yang menyamai tona warna ungu Samsung Galaxy Z Flip.

Dengan berita ini, pastinya BTS ARMY di seluruh dunia mula mengintai peranti-peranti ini di sebalik tirai dompet. Adakah anda salah seorang peminat BTS? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: @EvanBlass

Exit mobile version