Site icon TechNave BM

Gambar bocor telefon boleh lipat Samsung Galaxy Fold clamshell

Telefon boleh lipat sememangnya sudah lama wujud di pasaran. Baru-baru ini, gelombang telefon boleh lipat kembali melalui kemunculan Samsung Galaxy Fold yang memfokuskan produktiviti. Tidak terhenti di situ sahaja, terdapat jenama lain yang turut ingin memasarkan telefon boleh lipat.

Terkini, Samsung sebagai pelopor telefon boleh lipat ingin meneruskan kebernasan idea mereka dengan khabar angin Samsung Galaxy Fold dengan reka bentuk clamshell. Khabar angin ini disertai petikan gambar dari Weibo yang telah ditular pada laman media sosial di China.

Sumber: Weibo melalui TheVerge

Walau bagaimanapun, khabar angin sememangnya bukan sesuatu yang pasti. Menurut TheVerge, gambar ini mungkin peranti prototaip ataupun peranti palsu. Terdahulu, gambar khabar angin Samsung Galaxy Note 10 Lite juga terbongkar.

Apa pendapat anda mengenai Samsung Galaxy Fold clamshell? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: TheVerge | Weibo

Exit mobile version