Site icon TechNave BM

Gambar dakwaan reka bentuk iPhone 12 Pro, kelihatan agak sama seperti iPhone 5

Terkini, sumber melaporkan bahawa terdapat sebuah perkongsian gambar di laman Twitter. Jonas Daehnert melalui akaun Twitternya mengongsikan beberapa gambar bayangan iPhone 12 Pro yang kelihatan seperti gambar rasmi. Turut dikongsikan adalah varian pilihan warna iPhone 12 Pro.

Sepintas lalu, iPhone 12 Pro dikatakan bakal menjengah pasaran teknologi mungkin pada bulan Ogos atau September tahun ini. Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai iPhone 12 Pro bakal dilengkapi tetapan tiga kamera utama dan pengimbas LiDAR pada bahagian belakang peranti. Khabar angin spesifikasi kamera ini menyuluh tepat pada gambar rekaan yang disebarkan seperti di bawah.

Anda rasa anda pernah melihat reka bentuk ini? Reka bentuk ini menyamai reka bentuk iPhone 5 terdahulu. Namun, mungkin rekaan iPhone 12 Pro kelihatan sedikit nipis dek kerana ukuran saiz skrinnnya yang lebih lebar dan panjang. Anda juga boleh melihat varian warna putih dan hitam yang agak menarik.

Apa pun, khabar berita ini adalah khabar angin yang tidak rasmi. Namun, apakah pendapat anda mengenai reka bentuk yang seakan iPhone 5 ini? Atau ada merasakan bahawa Apple bakal tampil dengan reka bentuk baharu? Beritahu komen anda di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Jonas Daehnert melalui CNMO

Exit mobile version