Site icon TechNave BM

Gambar dan butiran Samsung Galaxy Buds+ bocor

Maklumat tentang fon telinga tanpa wayar Samsung Galaxy Buds+ yang sepatutnya diumumkan dalam majlis Galaxy Unpacked telah pun bocor, beberapa hari sebelum tarikh majlis tersebut. Gambar-gambar tular yang dimuat naik oleh Slashleaks menunjukkan produk itu serta kotaknya.

Menurut label yang terpapar di kotak tersebut, kita boleh jangkakan ciri-ciri seperti tempoh penggunaan selama 11 jam dan teknologi pengecasan tanpa wayar Qi. Daripada gambar yang dibocorkan, produk bewarna putih mutiara itu nampak serupa dengan Galaxy Buds sebelum ini.

Ia juga akan dilengkapi tiga mikrofon untuk kualiti panggilan yang lebih jelas dan penjana suara dua hala untuk bunyi yang lebih berkualiti.

Adakah anda merasakan Galaxy Buds+ boleh menyaingi fon-fon telinga tanpa wayar yang lain dalam pasaran? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk liputan lanjut berkenaan Galaxy Unpacked dan lain-lain berita teknologi.

Sumber: Android Authority

Exit mobile version