Site icon TechNave BM

Gambar dan spesifikasi penuh realme 9 Pro 5G tertiris, mungkin berharga ~RM1,015

Siri realme 9 dijangka akan diperkenalkan pada bulan Februari 2022 dan kini spesifikasi serta gambar reka bentuk untuk varian realme 9 Pro 5G telah pun tertiris di internet. Menurut Passionate Geekz, realme 9 Pro 5G bakal mempunyai rekaan belakang mirip realme GT Neo2 serta mempunyai badan dan rangka yang dibuat daripada plastik.

Di hadapan pula, realme 9 Pro 5G mungkin akan mempunyai skrin AMOLED 120Hz berukuran 6.6 inci dengan resolusi Full HD+. Daripada segi spesifikasi dalaman, media tersebut mengatakan telefon ini akan dilengkapi cipset Snapdragon 695, RAM 6GB atau 8GB dengan tambahan RAM maya 5GB, storan dalaman 128GB, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 33W.

Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP dan ia boleh menyokong rakaman video 4K pada kadar 60fps. Spesifikasi lain termasuklah bicu audio 3.5mm, port USB-C serta sokongan 5G, 4G VoLTE, Wi-Fi 6, NFC dan Bluetooth v5.0.

Untuk harga, realme 9 Pro 5G akan dijual dalam dua varian memori iaitu 6GB+128GB berharga INR17,999 (~RM1,015) dan 8GB+128GB berharga INR19,999 (~RM1,125). Setakat ini masih tiada maklumat tentang pelancaran rasmi.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version