Site icon TechNave BM

Gambar dan spesifikasi realme 8 dibocorkan oleh CEO realme sendiri!

Beberapa hari lalu, realme telah perkenalkan teknologi kamera 108MP mereka yang bakal hadir pada telefon realme 8 Pro. Terbaru, CEO realme, Madhav Sheth telah menangkap gambar realme 8 termasuk spesifikasi di kotaknya menggunakan realme 8 Pro.

Berdasarkan gambar tersebut, realme 8 hadir dengn skrin 6.4 inci Super AMOLED, jenis skrin yang pertama kali digunakan untuk telefon kelas pertengahan realme versi biasa. Manakala cipset yang digunakan adalah Mediatek Helio G95, cipset yang sama digunakan pada realme 7 yang lalu. realme 8 juga dilihat masih mengekalkan bateri 5,000 mAh dengan pengecasan pantas 30W.

Gambar dari CEO realme

Kamera utamanya juga masih 64MP dengan reka bentuk modul kamera yang baru. Kali ini, ia hadir dengan bentuk segi empat sama yang menempatkan empat lensa secara tersusun. Panel belakang realme 8 ini dilihat mempunyai ukiran slogan ‘Dare To Leap’ untuk peminat sejati jenama realme.

Buat masa ini, tiada lagi tarikh rasmi untuk pelancaran siri realme 8 ini. Namun, ia dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat, mungkin beberapa hari selepas pesaingnya, siri Redmi Note 10 dilancarkan.

Adakah anda menantikan realme 8? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version