Site icon TechNave BM

Gambar dan spesifikasi Redmi 9 mungkin telah dibocorkan di Twitter

Walaupun Redmi 8 baru dilancarkan di Malaysia tujuh bulan lalu, kini Redmi 9 pula mungkin akan dilancarkan dalam masa terdekat. Terbaru, gambar telefon pintar Redmi 9 sudah pun dimuat naik ke dalam internet di Twitter.

Menurut pemilik akaun bernama Sudhanshu Ambhore, beliau mendakwa mendapat maklumat awal daripada sumber di China, termasuk spesifikasi penuh dan gambar yang dimaksudkan awal tadi. Gambar tersebut menunjukkan rupa belakang telefon kelas pertengahan tersebut, termasuk kamera belakang di bahagian tengah dan lampu kilat LED serta pengimbas cap jari.

Kamera tersebut terdiri daripada kamera utama 13MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 5MP dan sensor kedalaman 2MP. Seperti dalam gambar yang tertera, sensor kedalaman berada sebaris dengan lampu kilat LED dan bukannya tiga kamera yang lain.

Menurut beliau juga, Redmi 9 akan dilengkapi cipset Helio G80. Warna telefon tersebut adalah ungu tetapi Sudhanshu mengatakan setakat ini warna hijau juga boleh didapati.

Adakah anda merasakan maklumat awal ini sahih? Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave English

Exit mobile version