Site icon TechNave BM

Gambar dron DJI Mavic Air 2 dibocorkan di Twitter

Nampaknya peminat dron boleh mengharapkan dron DJI yang baru dalam masa terdekat ini. Menurut seorang pengendali dron DJI berlesan OsitaLV, beliau telah memuat naik lima gambar memaparkan DJI Mavic Air 2 yang dikhabarkan akan dilancar pada April ini.

Mavic Air adalah dron kelas pertengahan di antara dron kelas permulaan seperti Mavic Mini dan dron flagship seperti Mavic 2 Pro yang digunakan oleh golongan profesional. Dengan kebolehan rakaman 4K dan gambar HDR, ini menjadikan Mavic Air sebagai dron yang lebih mampu dimiliki oleh orang ramai untuk rakaman terbang yang sinematik. Siri Mavic juga terkenal dengan rekaannya yang boleh dilipat, beratnya yang lebih ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.

Setakat ini tiada maklumat lanjut berkenaan dron itu yang boleh didapati. DJI sudah memaklumkan pada Mei 2019 bahawa semua dron baru yang mempunyai berat lebih 250g akan dilengkapi teknologi AirSense untuk elakkan sebarang pelanggaran dengan pesawat atau helikopter.

Adakah pendapat anda tentang reka bentuk dron DJI baru ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechRadar

Exit mobile version