Site icon TechNave BM

Gambar GoPro Hero 9 dengan ciri skrin seperti DJI Osmo Action didedahkan

Biasanya, GoPro bakal melancarkan model terbarunya pada sekitar bulan Oktober setiap tahun. Terkini, terdapat sumber tidak rasmi yang memuat naik gambar, mendakwanya sebagai kerangka GoPro Hero 9 Black terbaru.

Apa yang menariknya, gambar kerangka yang didakwa sebagai GoPro Hero 9 Black ini mempunyai ciri menarik; skrin yang lebih lebar berbanding GoPro Hero 8 (GoPro Hero 8 mempunyai skrin kecil monokrom). Maklumat yang turut hadir bersama sumber adalah spesifikasi skrin yang mungkin dihuni paparan LCD berwarna. Untuk pengetahuan anda, ciri skrin LCD berwarna yang lebih lebar adalah bersamaan dengan ciri skrin yang ada pada DJI Osmo Action.

Sumber: reddit.com/user/chrswnd/
Gambar GoPro Hero 8 Black dari GoPro

Perlu diingatkan bahawa maklumat yang telah ditulis ini adalah dari sumber tidak rasmi. Bukan itu sahaja, sumber ini sebelum ini tidak mempunyai sejarah dalam mendedahkan apa-apa maklumat berkenaan GoPro Hero.

Apa pun, tidak mustahil untuk GoPro Hero 9/Go Pro Hero 9 Black hadir dengan ciri ini. Namun, ambillah maklumat ini sebagai bayangan sahaja. Apakah pandangan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Techradar

Exit mobile version