Site icon TechNave BM

Gambar HONOR X10 Max yang sebenar dengan ‘speaker dual stereo’, hadir 2 Julai ini

Terkini, beberapa akaun telah mendedahkan maklumat mengenai peranti HONOR seterusnya, HONOR X10 Max. Peranti ini menjadi bualan ramai di seluruh negara kerana penawaran spesifikasinya yang baik bagi peranti kelas pertengahan.

Pendedahan rasmi di laman Weibo telah mendedahkan bahawa HONOR mengambil masa 300 hari untuk mengoptimumkan frekuensi audio pada HONOR X10 Max. Mungkin kelihatan seperti taktik pemasaran, namun anda boleh melihat sendiri pembesar suara yang telah dihasilkan pada gambar dibawah.

Pendedahan gambar ini sekaligus memberi petunjuk pilihan warna dan reka bentuk HONOR X10 Max yang bakal hadir. Terdahulu, kami telah memaklumkan bahawa ia bakal hadir dengan cipset Dimensity 800 5G, bateri 5000mAh dan beberapa spesifikasi lain.

Setakat ini, ia sah bakal dilancarkan pada 2 Julai ini di pasaran China. Kami tidak mempunyai sebarang maklumat rasmi mengenai keberadaannya di Malaysia. Adakah anda teruja dengan kemunculannya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version