Site icon TechNave BM

Gambar Huawei P40 muncul sebelum pelancarannya pada 26 Mac

Huawei bakal melancarkan Huawei P40, P40 Pro dan P40 Premium pada 26 Mac ini yang bakal menjadi antara siri flagship daripada syarikat China itu. Walau bagaimanapun, gambar prototaip peranti tersebut sudah pun disebarkan dalam internet sekarang.

Menurut Digital Trends, mereka mendapat akses eksklusif untuk mencuba prototaip tersebut. Rekaan telefon itu menampilkan luaran berkilat yang diperbuat daripada kaca dan menyelubungi seluruh badan telefon itu. Untuk port penghubungnya pula, ia hadir dengan penghubung USB-C tetapi tiada bicu audio 3.5mm. Tiada pengimbas cap jari kelihatan pada belakang telefon tersebut, jadi mungkin pengimbas cap jari berada di bawah skrin.

Kameranya pula terdiri daripada tiga kanta. Menurut khabar angin, ia terdiri daripada kanta 52MP, 40MP dan sensor telefoto 8MP. Anda mungkin berasa pelik dengan perkataan “Polarie” dan “Blink” di belakang kamera kerana selalunya perkataan jenama yang terdapat adalah “Huawei” dan “Leica”. Untuk makluman anda, Huawei selalunya meletakkan nama kod (codename) pada semua protoaipnya seperti ini.

Walau bagaimanapun, Digital Trends tidak mengambil gambar bahagian depan telefon tersebut. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki siri Huawei P40 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Digital Trends

Exit mobile version