Site icon TechNave BM

Gambar HUAWEI P50 muncul dalam talian dengan warna merah jambu berkilau!

HUAWEI dijangka akan melancarkan telefon pintar siri P50 pada hujung bulan Julai ini. Sehingga kini, terdapat banyak khabar angin mengenai peranti ini telah muncul dalam talian. Terbaru, rupa paras HUAWEI P50 dengan warna merah jambu telah tertiris.

Melihat kepada gambar tersebut, HUAWEI P50 hadir dengan beberapa kamera di dalam dua bulatan besar pada panel belakangnya. Yang menarik, ia disaluti dengan warna merah jambu memukau dengan permukaan berkilau.

Jika dilihat lebih dekat, HUAWEI P50 meletakkan jenamanya pada bawah kiri peranti dan jenama LEICA di bawah modul kameranya. Ini mengesahkan kerjasama jenama kamera Jerman tersebut dengan HUAWEI. Namun begitu, telefon ini mungkin adalah kerjasama terakhir antara dua jenama ini.

Siri HUAWEI P50 akan dikuasai oleh cipset Kirin 9000 dan juga cipset Snapdragon 888. Terdapat sumber yang menyatakan bahawa cipset Snapdragon 888 hanya untuk versi LTE sahaja.

Nantikan berita lanjut mengenai HUAWEI P50 ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version