Site icon TechNave BM

Gambar iQOO 5 Pro dengan caj pantas 120W tertiris sebelum pelancaran 17 Ogos ini

iQOO akan melancarkan telefon flagship siri terbarunya iaitu siri iQOO 5 pada 17 Ogos ini. Selain daripada telefon iQOO 5 yang biasa, iQOO juga dijangka akan melancarkan iQOO 5 versi istimewa yang dihiasi dengan penjenamaan permotoran BMW M Motorsport.

Sumber terbaru menunjukkan beberapa keping gambar yang kononnya adalah iQOO 5 Pro yang timbul di dalam media sosial Weibo. Telefon ini dilihat menggunakan skrin melengkung dengan kamera hadapan pada bahagian atas kiri dan reka bentuk belakangnya pula dilihat berbentuk kevlar seperti yang hadir pada iQOO 5 edisi BMW.

Telefon siri iQOO 5 dijangka hadir dengan skrin dengan kadar segar semula 120Hz serta menyokong pengecasan pantas 120W.

Adakah iQOO 5 Pro nama lain bagi iQOO 5 edisi BMW? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

Exit mobile version