Site icon TechNave BM

Gambar jam tangan OPPO Watch muncul di internet

OPPO sekarang dalam perancangan untuk melancarkan jam tangan pintarnya yang pertama. Setakat ini masih tiada nama rasmi untuk produk tersebut namun ia dijangkakan akan dilancarkan bersama OPPO Find X2 dan Find X2 Pro pada 6 Mac ini. Walaupun ia masih belum dilancarkan, gambar peranti tersebut sudah pun tersebar luas dalam media sosial Weibo.

Gambar tersebut menunjukkan skrinnya yang berbentuk petak dan melengkung di bucunya mirip Apple Watch. Ia dikhabarkan akan dilengkapi paparan OLED hyperboloid yang membuatkannya melengkung.

Tali jam tersebut juga dipaparkan dalam gambar itu dan besar kemungkinan ia dibuat dengan silikon. Di sisi kanannya juga kelihatan dua butang untuk pengguna berinteraksi dengan antara muka jam itu.

Walaupun ia masih belum diumumkan, ia sudah pun boleh ditempah di China melalui aplikasi jam pintar OPPO. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki jam tangan pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version