Site icon TechNave BM

Gambar jam tangan Pixel Watch didedahkan, tampilkan rekaan gelang tangan getah

Khabar angin tentang jam tangan pintar pertama daripada Google, Pixel Watch, telah menular sejak minggu lepas dan kini imej awal untuk peranti boleh pakai tersebut telah pun didedahkan dalam internet oleh pengkhabar berita teknologi Jon Prosser.

Berdasarkan gambar tersebut, Pixel Watch lebih menyerupai gelang tangan pintar berbanding seutas jam tangan, dengan tali jam yang diperbuat daripada getah dan mempunyai warna-warna terang. Seperti kebanyakan gelang tangan pintar, ia bakal dilengkapi fungsi yang mengukur kesihatan pengguna.

Jam tangan dengan kod nama ‘Rohan’ ini mempunyai badan yang dibuat daripada besi nipis dengan roda kawalan yang berada di bahagian kanan. Ini mungkin bermaksud bahawa jam ini tidak mempunyai skrin sentuh. Selain itu, prosser mengatakan sistem operasi Wear OS akan diperbaharui untuk jam tangan Google ini.

Setakat ini masih tiada maklumat rasmi tentang Pixel Watch, namun Prosser menjangkakan ia akan dilancar pada Oktober 2021. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Pixel Watch dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version