Site icon TechNave BM

Gambar komputer riba dan tablet pertama realme tertiris, mungkin dilancar pada 15 Jun

Baru-baru ini, realme sudah pun memberi beberapa petunjuk awal tentang komputer riba dan tablet pertama daripada jenama teknologi China itu. Kini laman web Android Authority telah mendapat beberapa gambar awal untuk kedua-dua produk tersebut yang menunjukkan rupa bentuk serta pentas pelancarannya.

Komputer riba realme Book dilihat mempunyai rekaan nipis dan ringkas yang serupa dengan MacBook Air, manakala skrinnya pula mempunyai nisbah 3:2. Ia dikhabarkan akan mempunyai badan aluminium, sempadan bezel nipis, dwi-pembesar suara, pengecasan melalui port USB-C dan sistem operasi Windows.

Sementara itu, gambar untuk tablet realme Pad pula sekadar menunjukkan bahagian sisi serta sebahagian pentas yang akan digunakan untuk pelancarannya. Sebuah logo realme GT juga boleh dilihat pada atas pentas tersebut, menandakan bahawa ia mungkin akan dilancarkan bersama telefon pintar realme GT pada 15 Jun.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang kedua-dua produk ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version