Site icon TechNave BM

Gambar kotak telefon baru Motorola dikongsi oleh pengurus, mungkin dilengkapi Snapdragon 888

Cipset andalan (flagship) Snapdragon 888 telah pun dilancarkan pada awal bulan ini dan Motorola bakal menjadi salah satu jenama yang akan menghasilkan telefon dengan cipset tersebut. Kini, maklumat terbaru menunjukkan bahawa telefon Motorola dengan Snapdragon 888 mungkin akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Pengurus awam divisyen telefon Lenovo China, Chen Jing, telah berkongsi gambar kotak telefon baru Motorola yang akan dilancarkan kelak. Memandangkan Motorola sudah pun disahkan akan menghasilkan telefon dengan Snapdragon 888 dalam masa terdekat, kotak ini mungkin adalah untuk telefon yang dimaksudkan.

Chen Jing juga mengatakan telefon ini akan dilancar tidak lama lagi, jadi besar kemungkinan kita boleh melihat telefon ini dalam acara Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2021 pada 11 hingga 14 Januari. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version