Site icon TechNave BM

Gambar langsung HUAWEI P50 muncul dalam talian, sah hadir dengan kamera dwi gulung

HUAWEI dikhabarkan akan melancarkan telefon andalan mereka, HUAWEI P50 dalam masa yang terdekat. Sebelum ini, kita telah melihat beberapa imej janaan HUAWEI P50 yang hadir dengan dua kamera gergasi. Kali ini, gambar langsung HUAWEI P50 pula telah tertiris dan ianya menyerupai imej janaan tersebut.

Berdasarkan gambar langsung itu, HUAWEI P50 dilihat mempunyai skrin rata dengan potongan punch-hole pada tengah atas skrin. Pada bahagian belakang pula, modul kameranya berbentuk dwi gulung. Namun begitu, bilangan kamera yang ada pada HUAWEI P50 sebenarnya adalah 4 kamera dan bukannya dua kamera gergasi.

Khabar angin sebelum ini memberitahu bahawa HUAWEI P50 mungkin akan menggunakan sensor Sony IMX707 untuk kamera utamanya. Selain itu, ia juga mungkin akan dilengkapi lensa periskop untuk kebolehan zum yang lebih baik.

HUAWEI P50 dikhabarkan akan hadir dengan skrin OLED saiz 6.3 inci yang menyokong kadar segar semula tinggi. Ia juga mungkin dilengkapi sensor cap jari bawah skrin dan perisian HarmonyOS dari dalam kotak.

Apa pun, nantikan berita rasmi mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi.

Exit mobile version