Site icon TechNave BM

Gambar model iPhone 12 terdedah!

Beberapa bulan lagi, syarikat gergasi teknologi, Apple akan melancarkan siri iPhone 12 yang ditunggu ramai. Apple dijangkakan akan melancarkan empat telefon pintar pada siri kali ini.

Baru-baru ini, sumber menunjukkan model iPhone 12 yang telah tertiris dan reka bentuknya diihat seakan-akan seperti iPhone 5 yang lama. Model iPhone 12 dilihat menggunakan reka bentuk yang rata pada sisinya dan membolehkan ia untuk berdiri sendiri.

Bagaimana dengan reka bentuk model iPhone 12 ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version