Site icon TechNave BM

Gambar MOTO G 2021 tertiris, mungkin dilengkapi Snapdragon 888 dengan dua kamera swafoto

Beberapa hari yang lalu, Motorola mengumumkan bahawa meraka akan melancarkan telefon pintar andalan mereka, Moto G 2021 yang bakal hadir dengan cipset siri Snapdragon 800. Terbaru, sebuah sumber telah menunjukkan gambar sebenar telefon ini.

Buat masa ini, nama peranti andalan terbaru Motorola ini belum lagi disahkan dan ianya dilihat hadir dengan nama dalaman Motorola Nio. Berdasarkan sumber, ia akan dilengkapi cipset Snapdragon 865 (mungkin Snapdragon 888), RAM 8GB dan storan 128GB. Terdapat juga varian RAM 12GB dan storan 256GB untuk peranti ini.

Berdasarkan gambar yang tertiris, peranti ini akan menggunakan skrin 6.7 inci dengan reka bentuk dua kamera swafoto pada bucu atas kiri. Pada bahagian belakang, peranti ini dikhabarkan akan menggunakan kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 16MP dan sensor kedalaman 2MP. Pada bahagian depan pula, ia akan hadir dengan kamera swafoto 16MP dan kamera kedua 8MP.

Peranti ini bakal dilengkapi bateri 5,000mAh dengan perisian Android 11. Ia dijangka akan memasuki pasaran pada suku pertama tahun hadapan.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizchina

Exit mobile version