Site icon TechNave BM

Gambar OnePlus 9 Pro tertiris, mungkin kekalkan skrin melengkung yang berada dalam OnePlus 8

OnePlus 8T yang baru dilancar pada Oktober lalu mempunyai permukaan skrin yang rata, berbeza dengan skrin OnePlus 8 yang melengkung di bahagian sisi. Kini gambar prototaip awal untuk OnePlus 9 Pro menunjukkan bahawa ia mungkin akan mengembalikan skrin melengkung yang terdapat pada OnePlus 8.

Menurut sumber, OnePlus 9 Pro mempunyai skrin berukuran 6.7 inci yang melengkung di bahagian sisi, dengan satu lubang punch hole di bahagian atas kiri untuk kamera swafoto. Seperti yang boleh dijangka untuk telefon kelas flagship, permukaan belakang telefon ini dibuat daripada gelas.

Bonggol kamera di belakang OnePlus 9 Pro pula menyerupai bentuk petak yang terdapat pada OnePlus 8T dan OnePlus Nord, berlainan dengan bonggol kamera OnePlus 8 yang berada dalam satu barisan menegak di bahagian tengah telefon. Selain itu, ia mempunyai empat kamera namun butiran spesifik tentang sensornya masih belum dikenal pasti.

Sumber turut mengatakan bahawa ia akan dilancar pada bulan Mac 2021. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: VOICE

Exit mobile version