Site icon TechNave BM

Gambar Oppo A91 dengan paparan 6.4 inci FHD + AMOLED dan Oppo A8 terdedah

Baru-baru ini, kemunculan Oppo Reno 3 telah kelihatan di laman web rasmi Oppo. Terkini, gambar yang mungkin memberi imej kepada reka bentuk Oppo A91 dan A8 tular di internet.

Gambar tersebut memaparkan imej reka bentuk kedua-dua peranti A91 dan A8 yang memiliki takuk (notch). Menurut TENAA, kamera A91 dilengkapi modul kamera quad dengan kamera hadapan 16MP, kamera belakang 48MP + 8MP + 2 modul 2MP. Tambahannya lagi, A91 bakal hadir dengan bateri 3935 dan paparan FHD + AMOLED 64 inci. Kapasitinya mungkin kelihatan biasa, tetapi mungkin pengecas pantas VOOC 3.0 juga bakal hadir bersama.

Sumber: Weibo melalui gsmarena

Tidak terhenti di situ sahaja, memetik daripada gsmarena, Geekbench memaparkan skor A91 yang bakal dikuasakan cipset MediaTek MT6771V/CT, RAM 8GB dan Android Pie. Berdasarkan gambar khabar angin melalui Weibo, anda dapat melihat warna peranti A91 dan A8 yang bakal hadir.

Sumber: Geekbench melalui gsmarena

Apa pun, perkhabaran ini masih belum disokong kebenaran yang rasmi. Oleh itu, nantikan kemas kini selanjutnya pembongkaran peranti pintar bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Berminat dengan Oppo A91 atau A8? Atau anda sudah memasang niat untuk menyambar Oppo Reno 3? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama kami.

Sumber: gsmarena, Weibo, TENAA

Exit mobile version