Site icon TechNave BM

Gambar OPPO Reno7 tertiris, tampilkan modul kamera yang unik

Telefon pintar kelas pertengahan OPPO Reno6 telah dilancar di Malaysia pada bulan Ogos dan kini sekuelnya, OPPO Reno7, dijangka akan dilancar dalam masa terdekat di China. Pada awal minggu ini, spesifikasinya telah pun tertiris dan kini gambar yang menunjukkan reka bentuknya telah dipaparkan dalam Weibo.

Telefon tersebut mempunyai bentuk bonggol kamera yang agak unik, dengan dua lapisan untuk menempatkan empat lensa dan satu lampu kilat. Selain itu, permukaan belakangnya mungkin mempunyai sudahan matte.

Menurut maklumat sebelum ini, siri OPPO Reno7 mungkin akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 900, skrin AMOLED berukuran 6.5 inci dengan kadar 90Hz, bateri 4,500mAh, pengecasan pantas 33W atau 65W.

Adakah anda berminat dengan OPPO Reno7? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechBoilers

Exit mobile version