Site icon TechNave BM

Gambar penuh OPPO Find X3 Pro terbocor, dilengkapi dua kamera 50MP Sony IMX766

OPPO dijangka akan melancarkan telefon kelas andalan mereka, OPPO Find X3 Pro pada bulan Mac ini. Sebelum ini, beberapa butiran mengenai peranti ini telah muncul dalam talian. Kini, gambar penuh peranti ini pula tertiris.

Gambar tersebut menunjukkan telefon OPPO Find X3 Pro dengan dua warna berbeza, hitam dan putih. Manakala untuk kameranya, ini dilihat menggunakan modul kamera dengan reka bentuk ‘kawah’ yang dilangkapi empat kamera dengan satu cahaya kilat LED.

Kamera OPPO Find X3 Pro

OPPO Find X3 Pro dikhabarkan menggunakan kamera utama 50MP Sony IMX766 bersama kamera ultra lebar 50MP Sony IMX766. Kamera makro telefon ini pula adalah 3MP dan hadir dengan bentuk kamera bercincin yang menyokong zum 25x.

Untuk kamera keempat pula, ia menggunakan sensor telefoto 13MP dengan zum optikal 2x yang sama digunakan pada Find X2 sebelum ini.

Untuk spesifikasi lain, OPPO Find X3 Pro dijangka hadir dengan skrin 6.7 inci OLED dengan resolusi 1440 x 3216 yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Ia juga menyokong warna 10-bit, cipset Snapdragon 888, RAM 12GB, bateri 4,500 mAh yang menyokng pengecasan SuperVOOC 2.0 65W dan pengecasan wayarles VOOC Air 30W.

OPPO Find X3 Pro ini ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan biru. Ia mungkin akan memasuki pasaran pada bulan Mac ini bersama telefon OPPO Find X3 Neo dan OPPO Find X3 Lite.

Lihat berita lepas mengenai peranti OPPO Find X3 Pro ini.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version